Selasa, November 09, 2010

Bibliografi

Abdullah Hassan. (1987). Linguistik am untuk guru bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Aminuddin, Drs. (1988). Semantik: pengantar studi tentang makna. Bandung: Penerbit C. V Sinar Baru.

Anderson, J. M. (1973). Structural aspects of language change. Singapore: Longman.

Cruse, P. A. (1986). Lexical semantics. London: Cambridge University Press.

Goddard, C. (1998). Semantic analysis: a practical introduction. New York: Oxford University Press.

Guth, H. P. (1992). Words and ideas. Ed. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.

Hatch, E. (1995). Vocabulary, semantics and language education. Melbourne: Cambridge University Press.

Jaludin Chuchu. (2010). t.t: t.pt

Kamus Bahasa Melayu Nusantara. (2003). Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Linguistik. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Kridalaksanan, Harimurti. (1984). Kamus Linguistik. Ed ke 2. Jakarta: Penerbit PT Gramedia.

Leech, G. (1981). The study of meaning. Harmonsworth, Middlesex: Penguin Books.

Levin, B. and Pinker, S. (1992). Lexical and conceptual semantics. London: Blackwell.

Palmer, P. R. (1989). Semantik. Terj. Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Trask, R. L. (1992). Words and ideas. Ed. Belmont, California: Wadsworth Publishing Company.

Sabtu, November 06, 2010

Kesimpulan

Isu penamaan makna dalam watak-watak yang terdapat dalam filem Labu dan Labi ini mempunyai kesinoniman dengan nama dan peran yang dibawa oleh para pelakon. Isu penamaan makna ini telah dilihat dan dianalisis berdasarkan pengaplikasian teori analisis komponen makna dengan menggunakan fitur-fitur semantik yang memperlihatkan persamaan dan perbezaan nama watak dan juga makna disebaliknya.

Apabila dilihat secara kasar tanpa penganalisisan, pada dasarnya, cerita Labu dan Labi ini hanya berkonsepkan humor tetapi sebenarnya menyelitkan unsur-unsur sindiran kepada masyarakat Melayu melalui nama yang telah diberikan kepada watak-watak tersebut seperti yang telah diperjelaskan.




Analisis Makna dalam Penamaan Watak


WATAK HJ BAKHIL

Haji Bakhil merupakan orang kaya. Penamaan watak Haji Bakhil adalah bersesuaian dengan wataknya seorang kaya yang kedekut yang tidak pernah mengeluarkan wang walau sesen pun dan begitu sayangkan wang yang sangat berkira walaupun terhadap isteri dan anak perempuannya. Penamaan watak ini sesuai dengan watak yang dimainkan. Jika meminta sedekah ataupun wang darinya, Hj Bakhil akan berpura-pura pengsan ataupun mengatakan dirinya tidak mempunyai wang. Walau apa sekalipun caranya untuk meminta wang dari Hj Bakhil tentunya Hj Bakhil langsung tidak mahu mengeluarkan wangnya. Wataknya hanya kedekut dari segi pengeluaran wang tetapi bab makanan dan benda lain disediakan dengan cukup. Dalam hal wataknya ini hanya bakhil pada bab yang berkaitan dengan wang sahaja.

Berikut adalah antara babak yang menggambarkan sifat Haji Bakhil sangat kedekut dan sering menengking orang gajinya:
video

Dalam konteks cerita Labu Labi, Haji Bakhil digambarkan sebagai seorang yang tamak. Dari segi bahasa, bakhil itu membawa sinonim yang pelbagai seperti tamak, lokek, kedekut, karit. Oleh itu, rajah di bawah akan memperlihatkan perbezaan di antara sinonim dan kesinoniman kata bakhil. Namun sebenarnya, bakhil ini lebih bersifat kepada kejahatan selain daripada sifat tamak, iaitu seperti pemarah, garang dan tidak mempunyai simpati atau belas kasihan terhadap orang bawahannya. Begitulah gambaran yang diperlihatkan melalui watak Haji Bakhil. Walau bagaimanapun, kata bakhil ini tidak sepenuhnya bersifat mutlak dengan kata-kata sinonim seperti disebutkan di atas. Sebagai bukti, analisis di bawah akan menerangkan dengan lebih lanjut.

Analisis kata bakhil

1.      Bakhil lawan tamak
Fitur
Bakhil
Tamak
Duit
+
+
Makanan
-
+

Jadual di atas memperlihatkan bahawa bakhil dan tamak mempunyai fitur yang sama, iaitu [+] duit tetapi dibezakan oleh fitur makanan. Oleh itu, kata bakhil dan tamak tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks.

Contoh ayat :
Aminah bersifat bakhil terhadap makanan kegemarannya itu.
Aminah bersifat tamak terhadap makanan kegemarannya itu.

Berdasarkan contoh di atas, kata bakhil tidak dapat ditukar dengan kata kedekut kerana istilah bakhil lebih menjurus kepada perbuatan yang tamak dan mempunyai sifat jahat yang lain. tetapi kata tamak bererti ingin memiliki sesuatu tanpa batasan.

Contoh ayat yang sesuai:
Aminah seorang yang bakhil kerana enggan mengeluarkan duit bagi membantu ayahnya yang sedang mengalami kesempitan wang.

2.      Bakhil lawan lokek

Bakhil
Lokek
Harta
-
+
Ilmu
+
+

Jadual di atas memperlihatkan kata bakhil dan lokek itu mempunyui fitur yang sama, iaitu [+] ilmu tetapi dibezakan oelh fitur harta.

Kata bakhil mempunyai fitur [-] harta dan [+] ilmu. Manakala kata lokek mempunyai fitur [+] harta dan [+] ilmu. Oleh itu, kata bakhil dan lokek tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks, seperti 

Contoh ayat di bawah:
Dia bakhil akan hartanya
Dia lokek akan hartanya

Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kata bakhil tidak dapat digantikan dengan kata lokek kerana kata lokek lebih membawa maksud kepada sesuatu sifat yang tamak sahaja.

Contoh ayat yang sesuai:
            “Jangan bakhil ilmu”, nasihat pensyarah.

3.      Bakhil lawan kedekut
Fitur
Bakhil
Kedekut
Ayah
+
+
Baju
-
+

Jadual di atas memperlihatkan kata bakhil dan kedekut itu mempunyui fitur yang sama, iaitu [+] ayah tetapi dibezakan oleh fitur baju.

Kata bakhil mempunyai fitur [+] ayah dan [-] baju. Manakala kata kedekut mempunyai fitur [+] ayah dan [+] baju. Oleh itu, kata bakhil dan kedekut tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks, seperti contoh ayat di bawah:
Adik saya bakhil untuk meminjamkan bajunya kepada saya.
Adik saya kedekut untuk meminjamkan bajunya kepada saya.

Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kata bakhil tidak dapat digunakan dengan kata kedekut kerana kata kedekut hanya merujuk kepada sifat enggan memberi atau meminjamkan sesuatu. Contoh ayat yang sesuai:
 Ayah bersifat bakhil untuk mengeluarkan wang.

4.      Bakhil lawan karit
Fitur
Bakhil
Karit
Buku
-
+
Sedekah
+
+

Jadual di atas memperlihatkan kata bakhil dan karit itu mempunyui fitur yang sama, iaitu [+] sedekah tetapi dibezakan oleh fitur buku.

Kata bakhil mempunyai fitur [-] buku dan [+] sedekah. Manakala kata karit mempunyai fitur [+] buku dan [+] sedekah. Oleh itu, kata bakhil dan karit tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks, seperti contoh ayat di bawah:
Dia membenarkan untuk melihat buku itu tetapi bakhil untuk meminjamkan.
Dia membenarkan untuk melihat buku itu tetapi karit untuk meminjamkan.

Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kata bakhil tidak dapat digunakan dengan kata karit kerana kata karit merupakan kata dalam dialek Melayu Brunei yang membawa maksud sifat yang mahu memberi tetapi mempunyai batas yang tertentu.

Contoh ayat yang sesuai:
            Ali bersifat bakhil untuk memberi sedekah kepada fakir itu


WATAK LABU

Salah seorang watak dalam filem Labu Labi ialah watak Labu bin Kundur yang dibawa oleh Allahyarham Md.Zain. Penamaan watak Labu mungkin diambil mengikut tubuh fizikal dan sifat labu itu sebenarnya. Selain itu, penamaan watak Labu ini juga diambil daripada nama buah tersebut. Bentuk buah labu itu bermacam-macam jenis, salah satu bentuknya ialah bulat-memanjang yang dikenali dnegan labu kundur. Ini bertepatan dan sesuai dengan perwatakan Md.Zain yang kurus memanjang. 

Tambahan pula sifat labu adalah benda yang tidak bernyawa kerana ia bukan manusia atau binatang dan sebab itu labu tiada pemikiran. Disebabkan oleh sifat labu inilah, maka perwatakan yang diberikan pada Labu boleh dilihat dengan jelas bahawa Labu seorang yang cetek pemikirannya serta perwatakannya lagi boleh dianggap sebagai seorang penakut dan tiada pendirian tetap serta bersifat bodoh. Buktinya boleh dilihat melalui konteks ayat "bapak saya bilang hari ini hari bodoh saya Cik,” kata Labu. Dari ayat ini dapat dianalisis bahawa sememangnya Labu mengakui dirinya bersifat bodoh. 

video


Mengenai nama watak Labu bin Kundur, ternyata mempunyai konsep sinonim dan kesinoniman dengan buah labu kundur. Personifikasi watak manusia yang disamakan dengan buah tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada penonton akan sifat manusia yang luarannya kelihatan baik tetapi mempunyai sifat dalaman yang jahat sepertimana peranan si Labu di dalam cerita tersebut. Hal ini diselaraskan dengan keadaan buah labu yang jika di luarnya nampak baik tidak semestinya isinya baik.

Analisis komponen makna dengan menggunakan fitur-fitur semantik digunakan untuk menjelaskan dan meneliti persamaan dan perbezaan makna dengan nama Labu tersebut seperti rajah di bawah ini:

Fitur
Labu bin Kundur
Labu Kundur
Hidup
+
-
Manusia
+
-
Buah
-
+
Bujur
-
+
Tersendiri
+
+
Di tanam di tanah
-
+
Berakal
+
-
Gelojoh
+
-

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan antara manusia bernama Labu bin Kundur dengan buah Labu Kundur terdapat pada fitur [+] tersendiri yang mana membawa maksud kedua-duanya mempunyai sifat yang sama iaitu pentingnya diri sendiri. Contohnya buah kundur yang tumbuhnya tersendiri dan berasingan manakala watak Labu, sifatnya yang pentingkan diri sendiri. 

Perbezaan antara Labu bin Kundur dengan buah Labu Kundur  terdapat pada fitur-fitur [-] hidup, [-] manusia, [-] buah, [-] bujur, [-] di tanam di tanah, [-] berakal dan [-] gelojoh. fitur hidup, manusia, berakal dan gelojoh itu adalah sifat-sifat yang terdapat pada manusia sahaja, tidak pada buah manakala fitur-fitur seperti buah, bujur dan  di tanam di tanah adalah merupakan ciri-ciri yang hanya diperolehi pada buah.
Oleh yang demikian, terbukti bahawa sinonim dan kesinoniman nama Labu bin Kundur dengan buah labu kundur itu tidak berkesinoniman secara mutlak kerana terdapat unsur-unsur yang membezakan kedua-duanya.

WATAK LABI

Kisah Labu-Labi yang diterajui oleh tiga peran penting dan salah seorangnya adalah watak Labi bin Kura-Kura yang di bawa oleh Allahyarham seniman agung P.Ramlee. Watak ini mempunyai makna yang tersirat dengan peribadi watak tersebut. Dilihat dengan nama Labi bin kura-Kura itu sahaja bertepatan dengan konsep filem tersebut yang bergenre komedi tetapi tersirat sindiran yang tajam akan sikap dan ragam manusia.

Labi adalah salah seorang tukang gaji merangkap pemandu peribadi kepada orang kaya bernama Hj Bakhil bin Lebai Kedekut yang dapat dilihat dari konteks ini:

“Nama saya Labi. Saya ni drebarnya Haji Bakhil. Bukan drebar saja, macam-macam kerja yang saya kena buat”.

video

Menghadapi sikap majikannya yang garang, tegas dan juga terlalu kedekut akan hartanya mengundang pelbagai kisah yang begitu menghiburkan. Labi-labi disimbolkan dengan karakter manusia yang bernama Labi kerana melihat sifat binatang tersebut yang pemalas dan banyak kerenah dengan sikap yang ada pada diri manusia, ditambah lagi sifat manusia itu sendiri yang adakalanya suka menyindir, seperti apa yang dikatakan dalam babak antara Labi dengan Hj Bakhil:

Labi: : “encik..”                                                          
Hj Bakhil: “ada apa?”.
Labi: “ besok saya mintak cuti. Saya nak jumpa dengan doktor, encik”.
Hj Bakhil: “ Doktor? Apa kau yang sakit?”.
Labi: “ tulang saya semua dah bergoncang encik”.
Hj Bakhil: “ oo…kau perli aku ya… tak boleh cuti! Tak boleh jumpa Doktor!”.

video

Melalui konteks di atas, terserlah sifat suka memperli atau mengejek Labi tentang kereta Hj Bakhil yang terlalu buruk hingga dia membawa kereta itu dalam keadaan bergoncang kerana keadaan kereta itu yang terlalu uzur dan tidak stabil. Dalam erti kata lain juga, Labi sengaja menyindir majikannya untuk membeli kereta baru.

Watak Labi yang terdapat di dalam cerita tersebut lebih menjurus kepada perwatakan yang agak baik berbanding Si Labu walaupun pada masa yang sama watak Labi ini adakalanya berunsur negatif seperti dalam adegan salah satu mimpi mereka di mana Labu berperanan sebagai Tarzan manakala Labi pula sebagai harimau yang ingin memakan Tarzan.

Nama penuh si Labi iaitu Labi bin Kura-Kura menampakkan sinonim dan kesinoniman dengan binatang bernama Labi-labi yang merupakan salah satu dari spesis kura-kura. Sinonim dan kesinoniman nama serta maknanya dapat diperhatikan melalui analisis komponan makna yang menggunakan fitur-fitur pembeza bagi memperjelaskan lagi makna sesuatu nama yang digunakan itu.

Fitur
Labi bin Kura-Kura
 Labi-labi
Manusia
+
-
binatang
-
+
Hidup
+
+
Malas
+
+
Leper
-
+
Bulat
-
+
Tinggal di air tawar
-
+
Bercakap
+
-
 Kura-kura
-
+
Bercengkerang
-
+

Daripada jadual di atas, dapatlah dilihat bahawa Labi bin Kura-Kura dan haiwan Labi-labi itu mempunyai persamaan pada fitur [+] hidup dan [+] malas. Ini disebabkan kedua-duanya adalah sesuatu yang bernyawa dan juga mempunyai sifatnya yang malas.

Perbezaan antara manusia bernama Labi dengan haiwan Labi-labi terdapat pada fitur-fitur [-] manusia dan [-] bercakap yang mana hanya terdapat pada Labi manakala fitur-fitur seperti [-] binatang, [-] leper, [-] bulat, [-] tinggal di air tawar, [-] kura-kura dan [-] bercengkerang hanya terdapat pada haiwan Labi-labi.

Oleh itu, setelah dianalisis dengan menggunakan fitur-fitur di atas maka jelas bahawa sinonim dan kesinoniman itu tidak bersifat mutlak seratus-peratus iaitu tidak mampu menggantikan sesuatu konteks atau ayat. 

Senarai Watak

Dalam cerita Labu Labi terdapat beberapa watak penting yang memainkan peranan dalam cerita ini. Oleh kerana terdapat konsep "cerita dalam cerita" iaitu terdapat penerapan beberapa cerita lagi dalam cerita Labu Labi, maka terdapat tiga watak utama yang menjadi tunjang cerita dan terdapat 12 watak lagi di dalamnya yang dilakonkan oleh tiga watak utama ini.

WATAK-WATAK DALAM CERITA INDUK (LABU LABI)

1. Labu bin Kundur (Md Zain)
2. Labi bin Kura-Kura (P. Ramlee)
3. Haji Bakhil bin Lebai Kedekut (Udo Omar)

WATAK DALAM WATAK

Labu : Doktor Labu, Tarzan Malaya, Jesse Labu, Haji Labu (orang kaya).
Labi :  Majistret Labi, harimau, Sheriff, Suami Manisah.
Haji Bakhil: Pelayan Kelab Malam, Chita, Pelayan Bar, Bapak Mertua Si Labi.

Sinopsis Filem Labu Labi

Labu dan Labi merupakan filem Melayu yang diarah dan dilakonkan sendiri oleh seniman Melayu, Tan Sri P. Ramlee. Filem ini menceritakan Labu (M. Zain) dan Labi (P. Ramlee) iaitu dua orang gaji kepada usahawan kain yang sangat kedekut, Haji Bakhil. Hj Bakhil memiliki seorang isteri dan seorang anak gadis, Manisah, yang direbutkan oleh Labu dan Labi. Oleh kerana memiliki seorang majikan yang garang dan sangat kedekut, Labu dan Labi sering berangan untuk menjadi orang kaya sehingga mencetuskan pelbagai aksi lucu yang sungguh menggamit hati. Filem ini digayakan seperti pementasan pantonim dengan saduran lawak jenaka dan watak yang kadang-kala bercakap terus dengan penonton. Filem ini juga mempunyai kesinambungan iaitu filem Nasib Si Labu Labi.

PLOT

Labu (M. Zain) dan Labi (P. Ramlee) adalah orang gaji kepada Haji Bakhil, (Udo Omar) seorang tua yang sangat kedekut. Dia memiliki seorang isteri yang sangat penyabar walaupun tidak pernah melihat wang suaminya serta mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik, Manisah (Mariani) sehingga tiada tolok bandingannya di kampung itu. 

Labi adalah tukang masak dirumah Hj Bakhil, manakala Labu pula merupakan pemandu juga merangkap tukang masak ditempat yang sama. Kedua-dua jejaka malang ini sering dimarahi dan ditengking oleh Haji Bakhil, bahkan mereka juga dimaki dan dipaksa untuk melakukan "Ketuk Ketampi" iaitu satu hukuman yang dilakukan olej kanak-kanak sekiranya melakukan kesalahan. Walaubagaimanapun mereka tetap bertahan untuk terus bekerja dengan Haji Bakhil kerana masing-masing telah jatuh cinta kepada Manisah.

Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil (mereka tidak disediakan bilik tidur kerana sifat majikannya yang sungguh kedekut) seperti biasa, mereka berdua memulakan cerita tentang anganan masing-masing.


Labu dan Labi bercerita di tempat tidur mereka

Kisah 1: KELAB MALAM

Labi bercerita sekiranya mereka mempunyai wang yang banyak dan mempunyai pekerja sendiri. Kemudian Labi berangan dia menjadi majistret yang ingin ke kelab malam untuk berjumpa dengan temannya, Labu yang juga berangan pada masa yang sama, menjadi seorang doktor. Dalam angan-angan mereka ini, Haji Bakhil yang mana dalam babak ini belum lagi pergi menunaikan haji, muncul sebagai pelayan kelab malam untuk mengambil pesanan Doktor Labu dan Majistret Labi. Dalam situasi ini, Labu mengambil kesempatan menengking dan menghalau Bakhil yang dianggap sebagai pelayan yang kurang sopan. Hal ini berlaku kerana pada realitinya, Labu berdendam kepada Haji Bakhil yang sering menengking dan memaki-hamunnya.

Dalam babak ini juga, Doktor Labu dan Majistret Labi disajikan dengan persembahan nyanyian oleh Saloma dan kumpulan "Kumpulan Panca Sitara" yang dikelolai oleh P. Ramlee dengan dendangan lagu "Bila Larut Malam". Dalam persembahan tersebut juga menampilkan Aziz Satar sebagai pengara pada malam itu. Terdapat juga persembahan peragaan fesyen oleh Sarimah yang merupakan salah satu pragawati yang sangat menonjol dalam babak ini.

Setelah selesainya persembahan peragaan fesyen, Doktor Labu terus menuju ke bilik persalinan pragawati Sarimah di belakang pentas. Ketika Doktor Labu ingin mengajak Sarimah berkahwin, tiba-tiba pintu bilik tersebut diketuk dan muncul pula Majistret Labi dengan tujuan yang sama. Doktor Labi dan Majistret Labu mula bertelagah untuk mendapatkan Sarimah. Pertelagahan mereka terhenti dan mereka tersedar dari angan-angan apabila mendengar jeritan Haji Bakhil yang menyuruh mereka tidur.
Doktor Labu dan Majistret Labi di Kelab Malam


Kisah 2: TARZAN MALAYA


Setelah ditegur oleh Haji Bakhil, mereka berdua sedar daripada berangan-angan untuk menjadi Doktor dan Majistret. Ketika hendak tidur, Labu bersuara dan mengatakan dia tidak mahu tinggal di bandar kerana menjadi orang kaya adalah susah, dia lebih suka tinggal di hutan kerana bebas memerintah dan berkawan dengan binatang. Labu berkata dia ingin menjadi Tarzan yang boleh memerintah segenap haiwan di hutan kecuali babi hutan. Dalam angan-angannya itu, Labu menjadi Tarzan Malaya yang memakai keris dan makan belacan. Dalam babak ini, muncul watak Hj Bakhil sebagai Chita iaitu monyet (tidak berekor) yang merupakan sepupu kepada Hj Bakhil. 

Kemudian muncul pula watak Labi sebagai harimau educated. Labu ingin menerkam dan memakan Labi sehingga menimbulkan perkelahian sehingga muncul Hj Bakhil di beranda rumahnya kerana situasi yang sangat bising. Hj Bakhil menengking dan memahari Labu dan Labi sehingga mereka tersedar dari angan-angan.


Kisah 3: WILD-WEST

Setelah Hj Bakhil kembali ke biliknya, Labu bertanyakan Labi sama ada dia suka atau tidak tinggal di hutan tetapi menurut Labi, dia lebih suka menjadi koboi yang boleh menangkap gengster dan mendapatkan banyak ganjaran. Labi berangan menjadi seorang Sheriff, manakala Labi muncul sebagai Jesse Labu, adik bongsu Jesse James. Watak Hj Bakhil sekali lagi muncul dan kini menjadi cucu Hj Bakhil yang bekerja sebagai pelayan bar (memakai uniform tukang masak Labu). Labi memulakan aksi tembakan apabila ada seorang koboi cuba mengganggu seorang wanita sehingga semua orang pergi meninggalkan bar tersebut. Tiba-tiba muncul Labi sebagai Sheriff dan bermulalah perlawanan tembakan antara mereka. Tanpa sedar, mereka telah menyedarkan sekali lagi Hj Bakhil dari tidurnya akibat daripada kebisingan yang dihasilkan oleh kedua orang gajinya itu. Hj Bakhil sekali lagi marah dan sekiranya mereka membuat kebisingan lagi akan didenda. Hj Bakhil menyuruh Labi bangun awal untuk mencuci kereta, manakala Labu pula diarahkan untuk mencari kayu untuk mempersiapkan air panas untuk Hj Bakhil mandi.
Labu sebagai Jesse Labu, adik bongsu Jesse James
 
Kisah 4: MASA DEPAN LABU DAN LABI

Keesokan paginya, seperti yang diarahkan oleh Hj Bakhil, Labu pun pergi mencari kayu di hutan. Ketika dia sedang mencari kayu, dia ternampak dua orang lelaki yang sangat mencurigakan sedang memasuki sebuah pintu rahsia (menyerupai lubang yang berada di atas tanah) yeng terletak di atas bukit. Setelah lelaki tersebut beredar dari tempat itu, Labu memasuki lubang tersebut dan menjumpai sejumlah harta yang sangat banyak lalu Labu mengambil harta tersebut dan melarikan diri. 

Di rumah Hj Bakhil, Labi serta yang lainnya sedih dengan kehilangan Labu. Walaubagaimanapun, mereka dikejutkan dengan kemunculan rombongan peminangan Labu terhadap Manisah. Dalam babak ini, Hj Bakhil muncul sebagai Hj Bakhil bin Lebai Kedekut telah menolak peminangan tersebut. Labu tidak berpuas hati lalu berjumpa dengan seorang bomoh untuk menyihir Manisah. Sihir tersebut mengakibatkan Manisah pengsan dan tidak bangun-bangun. Labu kemudiannya menghantar pesanan yang dia akan menyembuhkan Manisah sekiranya pinangannya diterima. 

Labi bertindak lebih pantas dengan menemui seorang pendeta yang memberikannya batu hikmat. Dengan batu hikmat tersebut, Manisah akhirnya tersedar dari pengsannya dan Labi berniat untuk memperisterikan Manisah. Hj Bakhil menerimanya dengan senang dan majlis perkahwinan antara Labi dengan Manisah pun berlangsung. Labu yang masih tidak berpusa hati muncul sebagai Robin Labu dengan mengenakan jampi yang menyebabkan semua orang tertidur. Labi yang mempunyai batu hikmat tidak tertidur, dan dia menggunakan batu tersebut untuk menyedarkan Manisah. Labu yang sudah memasuki rumah tersebut berniat untuk menculik Manisah tetapi dihalang oleh Labi. Pergelutan pun berlaku antara mereka.

Rupa-rupanya semua itu hanya mimpi. Labi tersedar apabila Hj Bakhil menyimbah air ke atas mereka tetapi Labu tetap tidak sedar dan masih bermimpi sehingga dia menengking dan memarahi Hj Bakhil yang cuba menyedarkannya. Akhirnya, sapabila Labu tersedar, mereka dihukum melakukan "ketuk-ketampi".
Manisah sedang menenangkan Labi yang sedih atas kehilangan Labu

Diarah oleh: P. Ramlee
Penerbit: Vee Meng Shaw
Pengarang: S. Kadarisman, P. Ramlee
Lakonan: M. Zain, Udo Umar, P. Ramlee
Muzik: P. Ramlee
Suntingan: H. R Narayanan
Mula tayangan: 29 Ogos 1962
Negara: Singapura
Bahasa: Bahasa Melayu
Diikuti oleh: Nasib Si Labu Labi 

Aplikasi Teori Makna dalam Filem Labu Labi


Teori Analisis Komponen yang merangkumi sinonim  ini akan diterapkan ke dalam sebuah cerita klasik Melayu iaitu ‘Labu dan Labi’ dengan cara menganalisis watak-watak utama di dalam cerita tersebut seperti Si Labu, Si Labi dan Haji Bakhil. Kemudian, setiap nama watak tersebut akan dipecahkan konsepnya ke dalam komponen fitur distingtif dengan menandakan (+) dan (-) bagi setiap watak. 

Teori Makna

TEORI ANALISIS KOMPONEN

Teori Analisis Komponen merupakan satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat di antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna-makna yang terkandung di dalam setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu. Melalui teknik ini, setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen atau fitur yang terkecil iaitu fitur distingtif yang diperkenalkan oleh Jacobson (1938) dan seterusnya diperbaharui oleh Katz dan Fodor (1968) di mana ia menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) bagi menandakan ada atau tiadanya fitur pada sesuatu perkataan itu.

Perkataan yang sering digunakan dalam hubungan makna secara umumnya di dalam bahasa adalah sinonim (kata bersamaan makna) dan antonim (kata berlawanan makna) (Geoffrey Leech, Semantics: The study of meaning, 1981).

Secara harfiah, kata ‘sinonim’ bererti nama lain bagi suatu benda atau hal yang sama. Verhaar (1978) mendefinisikan sebagai ungkapan (frasa, kata atau kalimat) yang maknanya kurang lebih sama dengan  ungkapan yang lain.

Hubungan makna antara dua buah kata yang bersinonim bersifat dua seperti kata ‘buruk’ bersinonim dengan kata ‘jelek’, dan begitu juga sebaliknya. Kesamaan dalam hal ini bersifat tidak mutlak kerana secara semantiknya, berbeza bentuk adalah berbeza makna. Oleh yang demikian, makna bagi kata ‘buruk’ dan ‘jelek’ itu adalah tidak sama. Terbukti bahawa sinonim itu tidak 100% sama.

Jika mengikut Teori Analisis Komponen, bahagian atau unsur tertentu dari makna itu sahaja yang sama seperti kata ‘mati’ dan ‘meninggal’. Kata ‘mati’ memiliki komponen makna tidak bernyawa dan dapat dikenakan pada apa saja (manusia, binatang, tumbuhan dll). Manakala kata ‘meninggal’ memiliki komponen makna tidak bernyawa. Oleh yang demikian, adalah jelas bahawa manusia boleh mati, binatang boleh mati, dan tumbuhan boleh mati, tetapi hanya manusia sahaja yang boleh meninggal, bukan binatang atau tumbuhan.

Erti ‘antonim’ secara harfiahnya adalah nama lain bagi sesuatu yang lain pula. Menurut Verhaar lagi, beliau mendefinisikan ‘antonim’ sebagai ungkapan yang maknanya di anggap berlawanan atau bertentangan dari makna ungkapan lain seperti kata ‘baik’ berantonim dengan kata ‘buruk’. Menurut Abdullah Hassan (1987: 244) pula, antonim ialah pertentangan makna yang merupakan suatu ciri semulajadi kata-kata dan perlu dalam sesuatu bahasa itu.

Pertentangan secara mutlak  adalah seperti perkataan hidup dan mati, di mana di antara hidup dan mati itu ada batas yang mutlak kerana sesuatu yang hidup itu pasti akan mati. Sedangkan sesuatu yang mati sudah pasti tidak akan hidup kembali.

KONSEP SINONIM

Menurut Palmer (1989: 97), Sinomini digunakan untuk maksud ‘kesamaan makna’, sedangkan menurut Aminuddin (1988:115) bentuk bahasa yang mengalami dan menjadi anggota dari sinonimi itu disebut sebagai sinonim. Sinonim ialah bentuk bahasa yang maknanya mirip atau sama dengan bentuk lain; kesamaan itu berlaku bagi kata, kelompok kata, atau kalimat, walaupun pada umumnya yang dianggap sinonim hanyalah sebatas kata-kata sahaja (Kridalaksana, 1984: 179).

Trask (1995: 52) dalam bukunya, Language: The Basics, mengatakan Synonymy is the case in which they have identical meanings manakalah Guth (1995: 271) pula menyatakan Synonym: a word that has nearly the same meaning as the word you are looking up. Daripada apa yang telah dinyatakan oleh Trask dan Guth, sinonim ialah perkataan yang mempunyai makna yang sama atau identik. Begitu juga dengan Levin dan Pinker (1992), Cruse (1986), Hatch (1995) dan Anderson (1973) yang juga berpendapat bahawa sinonim itu ialah makna yang sama.

SINONIM DAN KESINONIMAN

Menurut Kamus Linguistik (1997: 204), sinonim didefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama dalam sesuatu bahasa. Contohnya cantik seerti dengan jelita. Manakala perkataan kesinoniman, menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003) pula bermaksud perihal sinonim; hubungan antara sinonim. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa sinonim itu terdapat persamaan pada makna antara satu kata dengan satu kata yang lain.

Walaupun demikian sebuah sinonim itu tidak mempunyai makna yang mutlak sama dengan kata yang seerti dengannya. Erti bagi kata yang bersamaan itu mungkin saja boleh berubah mengikut konteks atau situasi ayat atau keadaan fizikal yang tidak sama secara total, seperti yang dikatakan oleh Goddard (1998: 17).

“.........most textbook also say that another important semantic relationship is synonymy or sameness of meaning, but as soon as the term is introduced they have to add that true synonmy is so rare as to be almost non-existent. The usual examplesare pairs like father and dad, or couch and sofa, but these are better termed ‘near –synonyms’ because most people would say that they don ‘t convey exactlt the same meanings.”