WATAK HJ BAKHIL
Haji Bakhil merupakan orang kaya. Penamaan watak Haji Bakhil adalah bersesuaian dengan wataknya seorang kaya yang kedekut yang tidak pernah mengeluarkan wang walau sesen pun dan begitu sayangkan wang yang sangat berkira walaupun terhadap isteri dan anak perempuannya. Penamaan watak ini sesuai dengan watak yang dimainkan. Jika meminta sedekah ataupun wang darinya, Hj Bakhil akan berpura-pura pengsan ataupun mengatakan dirinya tidak mempunyai wang. Walau apa sekalipun caranya untuk meminta wang dari Hj Bakhil tentunya Hj Bakhil langsung tidak mahu mengeluarkan wangnya. Wataknya hanya kedekut dari segi pengeluaran wang tetapi bab makanan dan benda lain disediakan dengan cukup. Dalam hal wataknya ini hanya bakhil pada bab yang berkaitan dengan wang sahaja.
Berikut adalah antara babak yang menggambarkan sifat Haji Bakhil sangat kedekut dan sering menengking orang gajinya:
Dalam konteks cerita Labu Labi, Haji Bakhil digambarkan sebagai seorang yang tamak. Dari segi bahasa, bakhil itu membawa sinonim yang pelbagai seperti tamak, lokek, kedekut, karit. Oleh itu, rajah di bawah akan memperlihatkan perbezaan di antara sinonim dan kesinoniman kata bakhil. Namun sebenarnya, bakhil ini lebih bersifat kepada kejahatan selain daripada sifat tamak, iaitu seperti pemarah, garang dan tidak mempunyai simpati atau belas kasihan terhadap orang bawahannya. Begitulah gambaran yang diperlihatkan melalui watak Haji Bakhil. Walau bagaimanapun, kata bakhil ini tidak sepenuhnya bersifat mutlak dengan kata-kata sinonim seperti disebutkan di atas. Sebagai bukti, analisis di bawah akan menerangkan dengan lebih lanjut.
Analisis kata bakhil
1. Bakhil lawan tamak
Fitur | Bakhil | Tamak |
Duit | + | + |
Makanan | - | + |
Jadual di atas memperlihatkan bahawa bakhil dan tamak mempunyai fitur yang sama, iaitu [+] duit tetapi dibezakan oleh fitur makanan. Oleh itu, kata bakhil dan tamak tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks.
Contoh ayat :
Aminah bersifat bakhil terhadap makanan kegemarannya itu.
Aminah bersifat tamak terhadap makanan kegemarannya itu.
Berdasarkan contoh di atas, kata bakhil tidak dapat ditukar dengan kata kedekut kerana istilah bakhil lebih menjurus kepada perbuatan yang tamak dan mempunyai sifat jahat yang lain. tetapi kata tamak bererti ingin memiliki sesuatu tanpa batasan.
Contoh ayat yang sesuai:
Aminah seorang yang bakhil kerana enggan mengeluarkan duit bagi membantu ayahnya yang sedang mengalami kesempitan wang.
2. Bakhil lawan lokek
Bakhil | Lokek | |
Harta | - | + |
Ilmu | + | + |
Jadual di atas memperlihatkan kata bakhil dan lokek itu mempunyui fitur yang sama, iaitu [+] ilmu tetapi dibezakan oelh fitur harta.
Kata bakhil mempunyai fitur [-] harta dan [+] ilmu. Manakala kata lokek mempunyai fitur [+] harta dan [+] ilmu. Oleh itu, kata bakhil dan lokek tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks, seperti
Contoh ayat di bawah:
Dia bakhil akan hartanya
Dia lokek akan hartanya
Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kata bakhil tidak dapat digantikan dengan kata lokek kerana kata lokek lebih membawa maksud kepada sesuatu sifat yang tamak sahaja.
Contoh ayat yang sesuai:
“Jangan bakhil ilmu”, nasihat pensyarah.
3. Bakhil lawan kedekut
Fitur | Bakhil | Kedekut |
Ayah | + | + |
Baju | - | + |
Jadual di atas memperlihatkan kata bakhil dan kedekut itu mempunyui fitur yang sama, iaitu [+] ayah tetapi dibezakan oleh fitur baju.
Kata bakhil mempunyai fitur [+] ayah dan [-] baju. Manakala kata kedekut mempunyai fitur [+] ayah dan [+] baju. Oleh itu, kata bakhil dan kedekut tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks, seperti contoh ayat di bawah:
Adik saya bakhil untuk meminjamkan bajunya kepada saya.
Adik saya kedekut untuk meminjamkan bajunya kepada saya.
Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kata bakhil tidak dapat digunakan dengan kata kedekut kerana kata kedekut hanya merujuk kepada sifat enggan memberi atau meminjamkan sesuatu. Contoh ayat yang sesuai:
Ayah bersifat bakhil untuk mengeluarkan wang.
4. Bakhil lawan karit
Fitur | Bakhil | Karit |
Buku | - | + |
Sedekah | + | + |
Jadual di atas memperlihatkan kata bakhil dan karit itu mempunyui fitur yang sama, iaitu [+] sedekah tetapi dibezakan oleh fitur buku.
Kata bakhil mempunyai fitur [-] buku dan [+] sedekah. Manakala kata karit mempunyai fitur [+] buku dan [+] sedekah. Oleh itu, kata bakhil dan karit tidak dapat ditukar secara bebas dalam suatu ayat atau konteks, seperti contoh ayat di bawah:
Dia membenarkan untuk melihat buku itu tetapi bakhil untuk meminjamkan.
Dia membenarkan untuk melihat buku itu tetapi karit untuk meminjamkan.
Berdasarkan contoh di atas, jelaslah kata bakhil tidak dapat digunakan dengan kata karit kerana kata karit merupakan kata dalam dialek Melayu Brunei yang membawa maksud sifat yang mahu memberi tetapi mempunyai batas yang tertentu.
Contoh ayat yang sesuai:
Ali bersifat bakhil untuk memberi sedekah kepada fakir itu
Ali bersifat bakhil untuk memberi sedekah kepada fakir itu
WATAK LABU
Salah seorang watak dalam filem Labu Labi ialah watak Labu bin Kundur yang dibawa oleh Allahyarham Md.Zain. Penamaan watak Labu mungkin diambil mengikut tubuh fizikal dan sifat labu itu sebenarnya. Selain itu, penamaan watak Labu ini juga diambil daripada nama buah tersebut. Bentuk buah labu itu bermacam-macam jenis, salah satu bentuknya ialah bulat-memanjang yang dikenali dnegan labu kundur. Ini bertepatan dan sesuai dengan perwatakan Md.Zain yang kurus memanjang.
Tambahan pula sifat labu adalah benda yang tidak bernyawa kerana ia bukan manusia atau binatang dan sebab itu labu tiada pemikiran. Disebabkan oleh sifat labu inilah, maka perwatakan yang diberikan pada Labu boleh dilihat dengan jelas bahawa Labu seorang yang cetek pemikirannya serta perwatakannya lagi boleh dianggap sebagai seorang penakut dan tiada pendirian tetap serta bersifat bodoh. Buktinya boleh dilihat melalui konteks ayat "bapak saya bilang hari ini hari bodoh saya Cik,” kata Labu. Dari ayat ini dapat dianalisis bahawa sememangnya Labu mengakui dirinya bersifat bodoh.
Mengenai nama watak Labu bin Kundur, ternyata mempunyai konsep sinonim dan kesinoniman dengan buah labu kundur. Personifikasi watak manusia yang disamakan dengan buah tersebut adalah bertujuan untuk menyampaikan mesej kepada penonton akan sifat manusia yang luarannya kelihatan baik tetapi mempunyai sifat dalaman yang jahat sepertimana peranan si Labu di dalam cerita tersebut. Hal ini diselaraskan dengan keadaan buah labu yang jika di luarnya nampak baik tidak semestinya isinya baik.
Analisis komponen makna dengan menggunakan fitur-fitur semantik digunakan untuk menjelaskan dan meneliti persamaan dan perbezaan makna dengan nama Labu tersebut seperti rajah di bawah ini:
Fitur | Labu bin Kundur | Labu Kundur |
Hidup | + | - |
Manusia | + | - |
Buah | - | + |
Bujur | - | + |
Tersendiri | + | + |
Di tanam di tanah | - | + |
Berakal | + | - |
Gelojoh | + | - |
Berdasarkan jadual di atas, perbezaan antara manusia bernama Labu bin Kundur dengan buah Labu Kundur terdapat pada fitur [+] tersendiri yang mana membawa maksud kedua-duanya mempunyai sifat yang sama iaitu pentingnya diri sendiri. Contohnya buah kundur yang tumbuhnya tersendiri dan berasingan manakala watak Labu, sifatnya yang pentingkan diri sendiri.
Perbezaan antara Labu bin Kundur dengan buah Labu Kundur terdapat pada fitur-fitur [-] hidup, [-] manusia, [-] buah, [-] bujur, [-] di tanam di tanah, [-] berakal dan [-] gelojoh. fitur hidup, manusia, berakal dan gelojoh itu adalah sifat-sifat yang terdapat pada manusia sahaja, tidak pada buah manakala fitur-fitur seperti buah, bujur dan di tanam di tanah adalah merupakan ciri-ciri yang hanya diperolehi pada buah.
Oleh yang demikian, terbukti bahawa sinonim dan kesinoniman nama Labu bin Kundur dengan buah labu kundur itu tidak berkesinoniman secara mutlak kerana terdapat unsur-unsur yang membezakan kedua-duanya.
WATAK LABI
Kisah Labu-Labi yang diterajui oleh tiga peran penting dan salah seorangnya adalah watak Labi bin Kura-Kura yang di bawa oleh Allahyarham seniman agung P.Ramlee. Watak ini mempunyai makna yang tersirat dengan peribadi watak tersebut. Dilihat dengan nama Labi bin kura-Kura itu sahaja bertepatan dengan konsep filem tersebut yang bergenre komedi tetapi tersirat sindiran yang tajam akan sikap dan ragam manusia.
Labi adalah salah seorang tukang gaji merangkap pemandu peribadi kepada orang kaya bernama Hj Bakhil bin Lebai Kedekut yang dapat dilihat dari konteks ini:
“Nama saya Labi. Saya ni drebarnya Haji Bakhil. Bukan drebar saja, macam-macam kerja yang saya kena buat”.
Menghadapi sikap majikannya yang garang, tegas dan juga terlalu kedekut akan hartanya mengundang pelbagai kisah yang begitu menghiburkan. Labi-labi disimbolkan dengan karakter manusia yang bernama Labi kerana melihat sifat binatang tersebut yang pemalas dan banyak kerenah dengan sikap yang ada pada diri manusia, ditambah lagi sifat manusia itu sendiri yang adakalanya suka menyindir, seperti apa yang dikatakan dalam babak antara Labi dengan Hj Bakhil:
Labi: : “encik..”
Hj Bakhil: “ada apa?”.
Labi: “ besok saya mintak cuti. Saya nak jumpa dengan doktor, encik”.
Hj Bakhil: “ Doktor? Apa kau yang sakit?”.
Labi: “ tulang saya semua dah bergoncang encik”.
Hj Bakhil: “ oo…kau perli aku ya… tak boleh cuti! Tak boleh jumpa Doktor!”.
Melalui konteks di atas, terserlah sifat suka memperli atau mengejek Labi tentang kereta Hj Bakhil yang terlalu buruk hingga dia membawa kereta itu dalam keadaan bergoncang kerana keadaan kereta itu yang terlalu uzur dan tidak stabil. Dalam erti kata lain juga, Labi sengaja menyindir majikannya untuk membeli kereta baru.
Watak Labi yang terdapat di dalam cerita tersebut lebih menjurus kepada perwatakan yang agak baik berbanding Si Labu walaupun pada masa yang sama watak Labi ini adakalanya berunsur negatif seperti dalam adegan salah satu mimpi mereka di mana Labu berperanan sebagai Tarzan manakala Labi pula sebagai harimau yang ingin memakan Tarzan.
Nama penuh si Labi iaitu Labi bin Kura-Kura menampakkan sinonim dan kesinoniman dengan binatang bernama Labi-labi yang merupakan salah satu dari spesis kura-kura. Sinonim dan kesinoniman nama serta maknanya dapat diperhatikan melalui analisis komponan makna yang menggunakan fitur-fitur pembeza bagi memperjelaskan lagi makna sesuatu nama yang digunakan itu.
Fitur | Labi bin Kura-Kura | Labi-labi |
Manusia | + | - |
binatang | - | + |
Hidup | + | + |
Malas | + | + |
Leper | - | + |
Bulat | - | + |
Tinggal di air tawar | - | + |
Bercakap | + | - |
Kura-kura | - | + |
Bercengkerang | - | + |
Daripada jadual di atas, dapatlah dilihat bahawa Labi bin Kura-Kura dan haiwan Labi-labi itu mempunyai persamaan pada fitur [+] hidup dan [+] malas. Ini disebabkan kedua-duanya adalah sesuatu yang bernyawa dan juga mempunyai sifatnya yang malas.
Perbezaan antara manusia bernama Labi dengan haiwan Labi-labi terdapat pada fitur-fitur [-] manusia dan [-] bercakap yang mana hanya terdapat pada Labi manakala fitur-fitur seperti [-] binatang, [-] leper, [-] bulat, [-] tinggal di air tawar, [-] kura-kura dan [-] bercengkerang hanya terdapat pada haiwan Labi-labi.
Oleh itu, setelah dianalisis dengan menggunakan fitur-fitur di atas maka jelas bahawa sinonim dan kesinoniman itu tidak bersifat mutlak seratus-peratus iaitu tidak mampu menggantikan sesuatu konteks atau ayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan