Labu dan Labi merupakan filem Melayu yang diarah dan dilakonkan sendiri oleh seniman Melayu, Tan Sri P. Ramlee. Filem ini menceritakan Labu (M. Zain) dan Labi (P. Ramlee) iaitu dua orang gaji kepada usahawan kain yang sangat kedekut, Haji Bakhil. Hj Bakhil memiliki seorang isteri dan seorang anak gadis, Manisah, yang direbutkan oleh Labu dan Labi. Oleh kerana memiliki seorang majikan yang garang dan sangat kedekut, Labu dan Labi sering berangan untuk menjadi orang kaya sehingga mencetuskan pelbagai aksi lucu yang sungguh menggamit hati. Filem ini digayakan seperti pementasan pantonim dengan saduran lawak jenaka dan watak yang kadang-kala bercakap terus dengan penonton. Filem ini juga mempunyai kesinambungan iaitu filem Nasib Si Labu Labi.
PLOT
Labu (M. Zain) dan Labi (P. Ramlee) adalah orang gaji kepada Haji Bakhil, (Udo Omar) seorang tua yang sangat kedekut. Dia memiliki seorang isteri yang sangat penyabar walaupun tidak pernah melihat wang suaminya serta mempunyai seorang anak perempuan yang sangat cantik, Manisah (Mariani) sehingga tiada tolok bandingannya di kampung itu.
Labi adalah tukang masak dirumah Hj Bakhil, manakala Labu pula merupakan pemandu juga merangkap tukang masak ditempat yang sama. Kedua-dua jejaka malang ini sering dimarahi dan ditengking oleh Haji Bakhil, bahkan mereka juga dimaki dan dipaksa untuk melakukan "Ketuk Ketampi" iaitu satu hukuman yang dilakukan olej kanak-kanak sekiranya melakukan kesalahan. Walaubagaimanapun mereka tetap bertahan untuk terus bekerja dengan Haji Bakhil kerana masing-masing telah jatuh cinta kepada Manisah.
Satu malam apabila mereka berdua hendak tidur di beranda rumah Haji Bakhil (mereka tidak disediakan bilik tidur kerana sifat majikannya yang sungguh kedekut) seperti biasa, mereka berdua memulakan cerita tentang anganan masing-masing.
Kisah 1: KELAB MALAM
Labi bercerita sekiranya mereka mempunyai wang yang banyak dan mempunyai pekerja sendiri. Kemudian Labi berangan dia menjadi majistret yang ingin ke kelab malam untuk berjumpa dengan temannya, Labu yang juga berangan pada masa yang sama, menjadi seorang doktor. Dalam angan-angan mereka ini, Haji Bakhil yang mana dalam babak ini belum lagi pergi menunaikan haji, muncul sebagai pelayan kelab malam untuk mengambil pesanan Doktor Labu dan Majistret Labi. Dalam situasi ini, Labu mengambil kesempatan menengking dan menghalau Bakhil yang dianggap sebagai pelayan yang kurang sopan. Hal ini berlaku kerana pada realitinya, Labu berdendam kepada Haji Bakhil yang sering menengking dan memaki-hamunnya.
Dalam babak ini juga, Doktor Labu dan Majistret Labi disajikan dengan persembahan nyanyian oleh Saloma dan kumpulan "Kumpulan Panca Sitara" yang dikelolai oleh P. Ramlee dengan dendangan lagu "Bila Larut Malam". Dalam persembahan tersebut juga menampilkan Aziz Satar sebagai pengara pada malam itu. Terdapat juga persembahan peragaan fesyen oleh Sarimah yang merupakan salah satu pragawati yang sangat menonjol dalam babak ini.
Setelah selesainya persembahan peragaan fesyen, Doktor Labu terus menuju ke bilik persalinan pragawati Sarimah di belakang pentas. Ketika Doktor Labu ingin mengajak Sarimah berkahwin, tiba-tiba pintu bilik tersebut diketuk dan muncul pula Majistret Labi dengan tujuan yang sama. Doktor Labi dan Majistret Labu mula bertelagah untuk mendapatkan Sarimah. Pertelagahan mereka terhenti dan mereka tersedar dari angan-angan apabila mendengar jeritan Haji Bakhil yang menyuruh mereka tidur.
Doktor Labu dan Majistret Labi di Kelab Malam |
Kisah 2: TARZAN MALAYA
Setelah ditegur oleh Haji Bakhil, mereka berdua sedar daripada berangan-angan untuk menjadi Doktor dan Majistret. Ketika hendak tidur, Labu bersuara dan mengatakan dia tidak mahu tinggal di bandar kerana menjadi orang kaya adalah susah, dia lebih suka tinggal di hutan kerana bebas memerintah dan berkawan dengan binatang. Labu berkata dia ingin menjadi Tarzan yang boleh memerintah segenap haiwan di hutan kecuali babi hutan. Dalam angan-angannya itu, Labu menjadi Tarzan Malaya yang memakai keris dan makan belacan. Dalam babak ini, muncul watak Hj Bakhil sebagai Chita iaitu monyet (tidak berekor) yang merupakan sepupu kepada Hj Bakhil.
Kemudian muncul pula watak Labi sebagai harimau educated. Labu ingin menerkam dan memakan Labi sehingga menimbulkan perkelahian sehingga muncul Hj Bakhil di beranda rumahnya kerana situasi yang sangat bising. Hj Bakhil menengking dan memahari Labu dan Labi sehingga mereka tersedar dari angan-angan.
Kisah 3: WILD-WEST
Setelah Hj Bakhil kembali ke biliknya, Labu bertanyakan Labi sama ada dia suka atau tidak tinggal di hutan tetapi menurut Labi, dia lebih suka menjadi koboi yang boleh menangkap gengster dan mendapatkan banyak ganjaran. Labi berangan menjadi seorang Sheriff, manakala Labi muncul sebagai Jesse Labu, adik bongsu Jesse James. Watak Hj Bakhil sekali lagi muncul dan kini menjadi cucu Hj Bakhil yang bekerja sebagai pelayan bar (memakai uniform tukang masak Labu). Labi memulakan aksi tembakan apabila ada seorang koboi cuba mengganggu seorang wanita sehingga semua orang pergi meninggalkan bar tersebut. Tiba-tiba muncul Labi sebagai Sheriff dan bermulalah perlawanan tembakan antara mereka. Tanpa sedar, mereka telah menyedarkan sekali lagi Hj Bakhil dari tidurnya akibat daripada kebisingan yang dihasilkan oleh kedua orang gajinya itu. Hj Bakhil sekali lagi marah dan sekiranya mereka membuat kebisingan lagi akan didenda. Hj Bakhil menyuruh Labi bangun awal untuk mencuci kereta, manakala Labu pula diarahkan untuk mencari kayu untuk mempersiapkan air panas untuk Hj Bakhil mandi.
Labu sebagai Jesse Labu, adik bongsu Jesse James |
Kisah 4: MASA DEPAN LABU DAN LABI
Keesokan paginya, seperti yang diarahkan oleh Hj Bakhil, Labu pun pergi mencari kayu di hutan. Ketika dia sedang mencari kayu, dia ternampak dua orang lelaki yang sangat mencurigakan sedang memasuki sebuah pintu rahsia (menyerupai lubang yang berada di atas tanah) yeng terletak di atas bukit. Setelah lelaki tersebut beredar dari tempat itu, Labu memasuki lubang tersebut dan menjumpai sejumlah harta yang sangat banyak lalu Labu mengambil harta tersebut dan melarikan diri.
Di rumah Hj Bakhil, Labi serta yang lainnya sedih dengan kehilangan Labu. Walaubagaimanapun, mereka dikejutkan dengan kemunculan rombongan peminangan Labu terhadap Manisah. Dalam babak ini, Hj Bakhil muncul sebagai Hj Bakhil bin Lebai Kedekut telah menolak peminangan tersebut. Labu tidak berpuas hati lalu berjumpa dengan seorang bomoh untuk menyihir Manisah. Sihir tersebut mengakibatkan Manisah pengsan dan tidak bangun-bangun. Labu kemudiannya menghantar pesanan yang dia akan menyembuhkan Manisah sekiranya pinangannya diterima.
Labi bertindak lebih pantas dengan menemui seorang pendeta yang memberikannya batu hikmat. Dengan batu hikmat tersebut, Manisah akhirnya tersedar dari pengsannya dan Labi berniat untuk memperisterikan Manisah. Hj Bakhil menerimanya dengan senang dan majlis perkahwinan antara Labi dengan Manisah pun berlangsung. Labu yang masih tidak berpusa hati muncul sebagai Robin Labu dengan mengenakan jampi yang menyebabkan semua orang tertidur. Labi yang mempunyai batu hikmat tidak tertidur, dan dia menggunakan batu tersebut untuk menyedarkan Manisah. Labu yang sudah memasuki rumah tersebut berniat untuk menculik Manisah tetapi dihalang oleh Labi. Pergelutan pun berlaku antara mereka.
Rupa-rupanya semua itu hanya mimpi. Labi tersedar apabila Hj Bakhil menyimbah air ke atas mereka tetapi Labu tetap tidak sedar dan masih bermimpi sehingga dia menengking dan memarahi Hj Bakhil yang cuba menyedarkannya. Akhirnya, sapabila Labu tersedar, mereka dihukum melakukan "ketuk-ketampi".

Manisah sedang menenangkan Labi yang sedih atas kehilangan Labu |
Diarah oleh: P. Ramlee
Penerbit: Vee Meng Shaw
Pengarang: S. Kadarisman, P. Ramlee
Lakonan: M. Zain, Udo Umar, P. Ramlee
Muzik: P. Ramlee
Suntingan: H. R Narayanan
Mula tayangan: 29 Ogos 1962
Negara: Singapura
Bahasa: Bahasa Melayu
Diikuti oleh: Nasib Si Labu Labi
Suntingan: H. R Narayanan
Mula tayangan: 29 Ogos 1962
Negara: Singapura
Bahasa: Bahasa Melayu
Diikuti oleh: Nasib Si Labu Labi
tp sayang..bangsa lain kaya raya hasil karyawan Melayu..
BalasPadam